Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia. (Wikipedia)

Selain memiliki bahasa, Melayu juga memiliki tulisan yang disebut dengan Arab Melayu (sebutan oleh masyarakat Melayu Riau). Di tempat lain, tulisan Melayu ini disebut dengan Arab Jawi atau sejenisnya.

Arab Melayu atau Arab Jawi merupakan bahasa Melayu tetapi ditulis dengan huruf Arab (Hijaiyah). Sepert \i huruf  ‘A’ menggunakan huruf ‘Alif’, hurub ‘B’ menggunakan ‘ba”. Selain itu karena huruf Arab tidak memiliki beberapa huruf G, C, dan X, maka huruf Arab dilakukan kombinasi seperti Huruf ‘Ka’ yang diberikan titik satu diatas.

Munculnya tulisan Arab Melayu adalah pengaruh masuknya agama Islam ke Nusantara dan daerah Melayu lainnya. Tulisan Arab Melayu dulunya juga pernah berjaya dimasanya dan bahkan menjadi bahasa persuratan dan perdagangan.

Berikut contoh tulisan Arab Melayu:

ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس٢ ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠڬا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوڬا ڤرنه منجادي بهاس ليڠڬوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة دد