Layang-layang terbang ke Aceh,
Jatuh ke landu makan padi;
Seorang sayang seorang kasih,
Bagai hempedu lekat di hati.

Kalau roboh kota Melaka,
Papan Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa di badan saya serahkan.

Tanjung katung airnya biru
tempat anak mencuci muka
lagi sekampung hatiku Rindu
kononlah pula jauh dimata

asal kapas menjadi benang
benang ditenun menjadi kain
orang lepas jangan dikenang
sudah menjadi si orang lain

dua tiga kucing berlari
manalah sama si kucing belang
dua tiga dapatku cari
manalah sama dinda seorang

pisang emas dibawa berlayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh kubawa
hutang budi dibawa mati

anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit

saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati

Tasik Gemilang aduhai sayang airnya tenang
tempat memancing ikan haluan
marilah kita semua satu pandangan
membangun negeri membangun tuk masa depan
panglima sulung aduhai sayang panglima negeri
gagah perkasa dalam berjuang
andainyo kite semua bersatu hati
berjeyang payah ya tuan menjadi senang.